Monday, January 3, 2011

Friday, November 19, 2010

Rebung buluh madu

ARKIB : 27/05/2009



Abu Bakar Ismail bersama isterinya Siti Leha Hashim, membersihkan anak pokok buluh madu yang akan dijual di Kampung Pasir Putih, Tualak , Kuala Nerang, Kedah. - UTUSAN/ZAINAL AZHAR MOHAMED


KUALA NERANG 26 Mei - Umum mengetahui pokok buluh mempunyai pelbagai fungsi.
Tumbuhan yang banyak terdapat di merata tempat di negara ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai bahan kraf tangan tetapi batangnya turut digunakan untuk membuat lemang.
Malah masyarakat pada zaman dahulu menggunakan batang buluh untuk membuat rumah atau rakit serta sebagai senjata runcing.
Di sebalik segala kegunaan berkenaan, terdapat juga bahagian pokok tersebut yang boleh diambil untuk dijadikan makanan iaitu pucuk buluh yang muda dan masih lembut atau rebung.
Kebiasaannya rebung buluh digunakan sebagai masakan warisan yang menyelerakan seperti gulai rebung dan sayur lodeh di samping memeramnya untuk dijadikan jeruk.
Bagaimanapun tidak ramai yang menyedari potensi perniagaan yang boleh mendatangkan pulangan lumayan dengan mengusahakan tanaman buluh bagi mengeluarkan rebung.
Seorang pengusaha tanaman buluh madu, Abu Bakar Ismail, 68, dari Kampung Pasir Putih, Tualak di sini boleh tersenyum bangga kerana hasil usahanya menanam tumbuhan itu kini mampu menghasilkan rebung kira-kira 300 kilogram sebulan.
Beliau mengusahakan kebun buluh madu dengan menanam sebanyak 150 pokok bersebelahan rumahnya sejak dua tahun lalu selepas mendapati penduduk tempatan amat menggemari masakan menggunakan rebung.
Jelasnya, dia memilih buluh jenis madu kerana selain boleh menghasilkan rebung yang lebih sedap ia juga sesuai dijadikan tanaman hiasan yang menarik.
"Saya menjual rebung kepada masyarakat setempat dan ada juga peniaga yang mengambilnya dua kali seminggu untuk dijual di pasar-pasar malam.
"Permintaan terhadap bahan makanan ini amat tinggi dan ia berpotensi luas untuk diusahakan secara berskala besar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini kelmarin.
Abu Bakar yang mengusahakan tanaman berkenaan bersama isterinya, Siti Leha Hashim, 65, dan dibantu tiga anak mereka memberitahu, dia menjual rebung yang belum diproses dengan harga RM3.50 sekilogram manakala yang siap diproses pula RM5 sekilogram.
Katanya, permintaan pasaran untuk rebung yang ditanamnya itu meningkat pada musim cuti sekolah khususnya daripada individu yang ingin mengadakan kenduri.
"Kebiasaannya di majlis-majlis kenduri, rebung ditempah untuk dicampurkan bersama masakan kari yang menambah kelazatannya," jelasnya yang menganggarkan telah meraih pendapatan RM30,000 sejak mengusahakan tanaman berkenaan.
Abu Bakar memberitahu, tanaman buluh tidak sukar dijaga jika mengikut kaedah yang betul kerana ia merupakan tumbuhan yang lasak.
"Ia cuma perlu dibaja selain memastikan aliran air yang sempurna bagi menjaga tahap kelembapannya terutama pada musim kemarau," katanya yang turut menjual benih pokok buluh madu pada harga RM10 sepokok.
Mengenai rancangan masa panjang, Abu Bakar memberitahu dia kini menanam kira-kira 400 pokok buluh madu lagi di belakang rumahnya bagi memenuhi permintaan pasaran.
Katanya, dia juga sedang mencari kawasan yang mungkin boleh disediakan kepadanya oleh kerajaan untuk mengembangkan lagi perniagaannya itu selain menjadi model kepada orang lain untuk sama-sama menceburi tanaman berkenaan.
"Saya berhasrat melangkah setapak lagi dengan mempelbagaikan fungsi pokok buluh madu dengan tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran rebung sahaja.
"Mungkin pada masa hadapan saya akan berurusan dengan pihak tertentu untuk menggunakan batang pokok ini sebagai bahan membuat perabot dan penyucuk sate," katanya.

Thursday, November 18, 2010

Khasiat yang tidak diketahui





RAMAI yang beranggapan viagra merupakan ‘talian hayat’ bagi menyelesaikan masalah seksual kaum lelaki. Bagaimanapun, selepas membaca artikel ini, mungkin persepsi itu berubah. Tidak ramai orang mengetahui bahawa buah mangga juga mempunyai ‘kehebatan’ yang setanding viagra.
Kenapa? Mungkin sebelum ini, ramai yang sekadar menikmati keenakan mangga tanpa menyedari khasiat yang terdapat di dalamnya. Sebenarnya, buah berwarna kuning keemasan itu boleh membantu seseorang memperbaiki aspek kesihatan yang berkaitan dengan fungsi seksual.
Rahsia tersebut didedahkan oleh Pakar Diet Klinikal Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, Tan Yen Sing yang membuat pembentangan dalam sebuah kempen kemasyarakatan, Kesihatan itu Kekayaan, yang telah dilancarkan syarikat MBG Fruits baru-baru ini.
Selain baik untuk kesihatan seksual, mangga juga baik untuk mencegah kanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, menambah berat badan menguatkan daya ingatan dan bagus untuk mereka yang menghidap anemia.
“Pengambilan buah-buahan dapat membantu mencegah dan mengatasi masalah penyakit yang mungkin menjadi igauan ngeri sesetengah individu seperti kanser.
“Pada tahun 2005, 17.5 juta orang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular. Angka ini mencerminkan 30 peratus daripada kematian global,” katanya.
HANSEN (kanan) dan Jojo menjaga kesihatan mereka dengan pengambilan buah-buahan yang kerap.


Tambahnya, kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikaitkan dengan pengurangan 17 peratus penyakit jantung koronari.

Manfaat kesihatan
Banyak hasil penyelidikan menarik mengenai manfaat dan khasiat buah-buahan kepada kesihatan telah dibentangkan sempena kempen tersebut.
“Epal misalnya, boleh mencegah dementia (penyakit penyusutan memori) dan percaya atau tidak, ia boleh mencegah kenaikan berat badan. Khasiatnya mampu untuk menurunkan paras kolesterol, menentang kanser dan bertindak sebagai agen antioksida.
“Pektin yang terkandung di dalam epal membantu mencegah peningkatan kolesterol di dinding salur darah. Makanlah epal bersama kulitnya kerana 50 peratus vitamin C terkandung di bawah kulitnya,” jelas Yen Sing.
Bagi mereka yang mengalami kemurungan dan sukar untuk tidur pula, Yen Sing menyarankan pengambilan pisang kerana ia kaya dengan potasium yang boleh membantu membaiki mood.
Pisang turut bertindak sebagai agen antioksida, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan. Buah tropika kegemaran masyarakat Malaysia itu juga dikenal pasti mampu meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, menentang ulser peptik selain melegakan cirit-birit dan juga sembelit.
Ramai yang saling menasihati, baik kepada rakan-rakan mahupun anak-anak yang sedang belajar, bahawa pengambilan kismis amat bagus untuk menguatkan daya ingatan.
Anggur yang diproses mengikut teknik pengeringan itu sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih daripada sekadar penguat memori.
Yen Sing mendedahkan rahsia buah pisang kaki yang membantu masalah sembelit dan cirit-birit.


Kismis mampu membantu mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung, antipenuaan, antioksida dan antiradang. Si ‘manis yang berkedut’ itu juga menjaga kesihatan kulit, mata dan sistem kardiovaskular. Lebih istimewa, ia juga baik untuk merawat gastrik, saluran kencing dan menentang penyakit gusi.

Bekal tenaga
“Kismis mengandungi 35 peratus fruktosa dan 35 peratus glukosa yang merupakan gula semula jadi yang mudah dihadam untuk membekalkan tenaga dengan lebih cepat.
“Oleh yang demikian, pengambilan serat melalui buah-buahan dan sayur-sayuran penting tetapi ramai yang tidak menyedarinya lantaran tidak mempunyai pengetahuan mengenainya,” katanya.
Seseorang itu memerlukan 20 gram hingga 35 gram serat setiap hari. Namun, bagaimanakah caranya untuk menentukan keperluan serat yang perlu diambil?
Bagi yang berumur dua tahun ke atas iaitu tiga hingga 18 tahun, pakar mencadangkan pengambilan serat sebanyak 5 gram sehari dicampur dengan usia. Sebagai contoh, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun memerlukan jumlah serat sebanyak 10 gram sehari.
“Ambillah lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Mulakan dengan mengambil pisang bersama oat untuk sarapan pagi, dua biji kiwi pada waktu tengah hari, yogurt rendah lemak bersama kismis waktu minum teh, sebiji epal pada waktu makan malam dan mangga untuk hidangan pencuci mulut.

EPAL bukan sahaja kaya dengan vitamin C malah mampu mencegah kenaikan berat badan dan seterusnya mengelakkan gejala obesiti. - Gambar hiasan


“Jagalah berat badan dan kesihatan anda melalui pemakanan yang sihat. Jangan bergantung pada ubat diuretik dan laksatif (julap) kerana ia tidak membantu mengurangkan berat badan malah penggunaan yang kerap boleh membahayakan kesihatan,” ujarnya.

Bukan alasan
Turut tidak ketinggalan berkongsi rahsia pemakanan ialah selebriti dan aktivis kesihatan dan kesejahteraan, Jojo Struys dan Hansen Lee.
“Jadual waktu yang sibuk bukan alasan untuk kita tidak mengambil makanan sihat dan tepat pada waktunya. Kita adalah apa yang kita makan. Jika kita makan makanan yang tidak baik untuk kesihatan, maka tidak mustahil kita juga akan sakit.
“Jangan sekali-kali meninggalkan waktu makan. Apa yang penting adalah dengan mengurangkan pengambilan sesuatu hidangan dan tidak terlebih makan,” pesan Jojo.
Dalam pada itu, Hansen pula menasihatkan orang ramai betapa pentingnya pengambilan sarapan pagi kerana ia penting untuk permulaan hari.
“Tidak perlu bersusah payah memasak menyediakan sarapan pagi, cukup sekadar menjamah semangkuk bijirin oat bersama madu dan kismis serta susu,” ujarnya.

Friday, November 12, 2010

Telefon Black Berry Ku Hilang (25 july 2010 jam 4.45am)

Sampai sekarang aku masih tertanya2 lg... siapa ? yang menceroboh rumah ku dan mengambil telefon black berry tu...

Kejadian itu aku sedari semasa telefon Motorola ku (ALARM - 4.45 am) berbunyi untuk mengejut ku bangun sahur untuk puasa sunat 13 Sya'ban.

Masa aku buka mata aku dapati pintu bilik ku dah terbuka...Pelik sapa yang buka..lagi pelik kucing ku yag dua ekor tak masuk pun dalam bilik walau pun pintu bilik terbuka. Biasanyer pantang pintu bilik terbuka...depa dulu la yang masuk...aku bangun untuk off kan alarm...Pelik mana phone aku yang satu lagi (black berry) sebab sebelum tido biasanye aku letak kedua2 phobe sebelah kanan tempat tido ku..tapi malam 2 aku lupa..lepas letak atas meja dlm bilik, aku keluar p masuk bilik air..pas 2 aku terus tutup lampu n tido...mula2 aku pikir mebi aku letak kat depan tv (tp aku yakin memang aku bawa masuk sekali ngan phone motorola...masa 2 dah dekat kul satu am)..Aku tido lewat cz dalam kul 11 lebih baru sampai rumah.. Kawan ku Baity n Hubb belanja aku makan kat DE' SELAT - klang.. Aku sempat lagi ber SMS dgn memberku.. masa 2 dah dekat kul 12 mlm...

Aku keluar bilik sambil memanggil kucing2 ku...Boboy datang tp putra menyorok kat dapur ..PELIK..dia x pernah cam 2...bila aku buka lampu bilik air..aku nampak pintu bilik Master, pintu bilik ketiga n pintu balkoni (bilik ketiga) terbuka...aku dah berdebar2 masa 2...aku buka semua lampu n check..x de pulak barang2 lain yang berselerak n ilang....

Aku dah rasa tak sedap ati..nak jadi citer plak ...phone motorola ku dh Xpired date plak...nasib baik sms free ada lagi..aku pun sms ke adik ku suruh dia call no 012 n 016 (sebab ada 2 sim kad dlm phone 2...satu aku punya n satu lagi arwah abang punya..saja simpan tuk wat kenangan .. dua2 ada kedit lagi..isk isk...waaaa...)...Adik aku call dia kata phone 2 ringing tp de orang cutt offf...n bila cuba sekali lagi dah masuk VMAIL...if dia off phone 2...kompem dia dah x leh guna sim card 2 caz dua2 de password...

Yang menjadi tanda tanya ialah ...macam mana dia masuk..ikut balkoni ker...tp yg peliknyer keadaan pokok2 bunga n batu yang ada di situ tak pulak berselerak...atau orang 2 ada master key ker...cz pintu masuk x de tanda2 di ceroboh pun...

Tapi yg lg menjadi tanda tanya ialah...memang tujuan penceroboh 2 nak ambik HP aje ker...sebab barang2 lain x pulak dia usik...dompet yang di atas meja ruang tamu pun dia x usik...duit tabung dalam bilik pun dia x ambik...lg pelik HP motorola yg di bawah HP Black Berry pun dia x ambik...PELIK kan....

Kata kawan ku...mebi TOYOL moden kot...toyol yg suka HP tapi x suka duit....hahaha...buat lawak plak dia...

Yang pasti malam 2 aku memang tido lena...jaga pun sebab alarm berbunyi....

Lagi satu yang peliknyer...kucing ku PUTRA seharian dia takut kat aku...biasanyer dia la yang paling manja ngan aku...PELIK...dia asyik menyorok bawah meja kecik dalam bilik master..bila aku panggil dia cuma berbunyi tapi x nak keluar...PELIK...pagi tadi pun masih sama...dia masih takut...
PELIKKAN...
Lagi la buatkan aku tertanya2..apa sebenarnye berlaku....

TAPI apa pun....ALHAMDULILLAH syukur ku kepada ALLAH telah melindungiku daripada perkara buruk yang berkemungkinan akan berlaku...SYUKUR...TERIMA KASIH YA ALLAH...

Ia menjadi pengajaran kepada ku supaya lebih berhati2...

ALHAMDULILLAH...Amalan ku setiap kali sebelum tido membaca 3 KUL n Ayat Kursi 7 kali juga rasa membantu dan menyelamat kan aku dari perkara buruk dan sihir manusia....ALHAMDULILLAH...

Yang pasti aku sedei sangat cz HP 2 ada sentimetal value...n yang ralat sekali sim card arwah abang pun ilang....

Aku berdoa ...semoga org yang ambil HP 2 pulangkan sim card 2 balik...w/pun aku tahu itu mustahil..mungkin de hikmah d sebalik aper yang berlaku....
TAPI ....ALLAH Maha Berkuasa...AMIN




Cam nie lebih kurang rupa HP ku yang hilag 2. (sebenarnyer dah banyak kali jatuh) paham2 ler rupa nyer...rugi la sape yang ambik phone 2...setakat nak pakai sendiri 2 boleh la...nak jual wallah hu a'klam la...

KUCING - CATS

                               


Mungkin perkara berikut memberi sedikit panduan kepada anda.....

                                
Kucing sebagai teman    
Kehidupan moden yang serba pantas di samping tuntutan kerja yang tidak pernah surut membuatkan majoriti antara kita sentiasa berada dalam kesunyian. Misalnya, keluarga di kampung terpaksa ditinggalkan untuk mencipta kerjaya di band...
                               

Belajar untuk menjaga ‘orang’ lain
Memelihara kucing mengajar anda bagaimana untuk menjaga sesuatu. Sekiranya anda tidak mempunyai anak, kucing mungkin boleh menjadi satu ujian terbaik. Menyayanginya boleh memberikan anda keyakinan untuk menjadi seorang yang lebih penyabar dan penyayang.
                                
Mengajar tentang tanggungjawab
Jika anda tidak ambil kisah dengan kucing, ia akan mati. Maka, memelihara kucing adalah cara terbaik untuk membentuk diri agar lebih bertanggungjawab. Sekali lagi, anda juga belajar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk diri sendiri sahaja, ada banyak perkara yang bergantung ke atas diri anda.
                                  
Mengurangkan tekanan
Bermain, berjalan-jalan, menjaga dan ketawa dengan kucing mampu mengurangkan tekanan yang ditanggung oleh seseorang individu. Tidak percaya, cubalah!

                                                            
                               
                                 SELAMAT MENCUBA !!!!

Kata² HikmaH

Semalam adalah kenangan, 
Hari ini adalah kenyataan,
Esok adalah harapan….. 

Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan
tidak akan berlaku.
Kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita
boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
Jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta
keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan
akibatnya..
Zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
Lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka
menangis..
Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
Jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..
Kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
Manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan
sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…